Posts

Showing posts with the label vaksin

Penghantaran Vaksin Pfizer ke Belaga Sukses

Image
Percubaan penghantaran vaksin Pfizer-BioNtech COVID-19 ke Belaga hari ini menunjukkan ia boleh dihantar pada suhu -75 darjah celsius, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Aaron Ago Dagang.  Katanya, suhu cecair saline yang digunakan bagi percubaan penghantaran tersebut adalah stabil sepanjang perjalanan ke Klinik Kesihatan (KK) Belaga hari ini.  “Jadi maknanya okay. (Suhu) dari data adalah stabil dan seharusnya berjaya,” katanya ketika dihubungi The Borneo Post.  SIDE INCOME Terdahulu, penghantaran kotak cecair saline tersebut melalui perjalanan empat jam dari Lapangan Terbang Bintulu ke KK Belaga menggunakan kenderaan darat.     Aaron berkata setiba di klinik tersebut, kotak tersebut dikendalikan dan dibuat penilaian suhu penyimpanan serta dipindahkan ke tempat penyimpanan.  EXTRA INCOME Katanya lagi KK Belaga dipilih bagi bagi percubaan tersebut kerana terletak di kawasan pedalaman yang mana dilengkapi dengan klinik kesihatan yang sesuai...