Penghantaran Vaksin Pfizer ke Belaga Sukses
“Jadi maknanya okay. (Suhu) dari data adalah stabil dan seharusnya berjaya,” katanya ketika dihubungi The Borneo Post. SIDE INCOME
Terdahulu, penghantaran kotak cecair saline tersebut melalui perjalanan empat jam dari Lapangan Terbang Bintulu ke KK Belaga menggunakan kenderaan darat.
Aaron berkata setiba di klinik tersebut, kotak tersebut dikendalikan dan dibuat penilaian suhu penyimpanan serta dipindahkan ke tempat penyimpanan. EXTRA INCOME
Katanya lagi KK Belaga dipilih bagi bagi percubaan tersebut kerana terletak di kawasan pedalaman yang mana dilengkapi dengan klinik kesihatan yang sesuai bagi program vaksinasi.
“Ujian percubaan ini adalah untuk memastikan suhu ultra sejuk -75 darjah celsius dapat dikekalkan semasa penghantaran dari kilang di Belgium ke KK Belaga,” katanya.
Thermal shipper digunakan untuk menyimpan botol-botol berisi saline dan ia dihantar dari Belgium pada Isnin lepas dan tiba di Kuching semalam sebelum dihantar ke Belaga menggunakan jalan darat dari Bintulu.
Vaksin Pfizer sebenar dijangka tiba di negara bulan depan dengan satu juta dos dijangka dibekalkan ke seluruh negara.
Hanya vaksin yang disediakan oleh Pfizer boleh kekal pada suhu -75 darjah celsius manakala vaksin yang disediakan China hanya memerlukan suhu bilik untuk penyimpanan.
Selain Pfizer, Malaysia juga mendapatkan vaksin COVID-19 dari COVAX, AstraZeneca, Sinovac, CanSino dan Gamaleya.
Sumber : utusanborneo.com
Comments
Post a Comment