Bangsa Dayak tidak ganas, kata Borneo Dayak Forum


              Jana extra income anda


Jawatankuasa penganjur Kongres Keadilan Antarabangsa Dayak yang diadakan hari ini kesal acara itu digunakan oleh pihak tertentu untuk meniupkan sentimen perkauman dalam kalangan masyarakat Orang Asal. 

Bercakap kepada FMT, pengelola Jalumin Bayogoh berkata tindakan sesetengah individu, termasuk mereka yang mendakwa penyokong acara itu, hampir mengakibatkan pembatalan program 3 hari itu.

“Saya terkejut apabila individu-individu ini berkongsi video ganas yang memaparkan orang-orang Dayak di media sosial.

     Cara mudah tambah income

“Terdapat juga beberapa orang yang membuat kenyataan bodoh yang kami akan membawa masuk pahlawan-pahlawan Dayak dari Kalimantan dan Sarawak untuk ‘memotong’ pendatang tanpa izin,” katanya.


Jalumin, yang juga naib presiden Borneo Dayak Forum (BDF), berkata perbuatan itu telah memberikan banyak tekanan ke atas ketua daerah Keningau, yang mengadakan mesyuarat tergempar dengan ketua-ketua kampung dalam usaha menghentikan acara.

Jalumin berkata selpeas bertemu ketua daerah secara peribadi dan menjelaskan tujuan acara itu, ketua daerah akhirnya bersetuju acara itu harus diadakan.


Selain ketua daerah, jawatankuasa itu juga disoal polis yang bimbang keselamatan awam mungkin tergugat disebabkan kenyataan-kenyataan di media sosial.

Akibatnya, permit untuk mengadakan perarakan, yang dirancang melibatkan semua 200 perwakilan, dibatalkan. Polis membenarkan program diteruskan tetapi hanya dalam kawasan hotel.


Video yang dimuatnaik ke YouTube dan dikongsi di Facebook, WhatsApp dan media sosial yang lain, memaparkan pahlawan-pahlawan Dayak mempamerkan ilmu mempertahankan diri. 

                   Your extra income

Video dan gambar-gambar itu disertai kapsyen acara hari ini akan membawa masuk pahlawan-pahlawan dari seluruh Borneo dengan niat untuk mengusir pendatang tanpa izin di Sabah.


Sebenarnya, Jalumin berkata, acara hari ini tidak ada kaitan dengan pahlawan Dayak tetapi untuk mengkaji adat Dayak dalam usaha untuk mengkanunkannya dan memastikan ada suatu adat-adat standard yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk dikongsi bersama semua orang Dayak di Borneo.

                    Your side income

Tambah Jalumin, perwakilan yang hadir pada hari ini terdiri daripada ketua Orang Asal, ketua adat, penasihat kerohanian dan pegawai kerajaan dari Kalimantan di Indonesia.


“Saya faham mengapa pihak-pihak tertentu berasa risau pada hari ini. Baru-baru ini, kita dikejutkan oleh beberapa kes jenayah ganas di mana penduduk tempatan dipukul, malah dibunuh, oleh suspek dipercayai pendatang tanpa izin.

“Namun, ia juga menunjukkan Sabah tidak lagi aman. Kita perlahan-lahan kehilangan keharmonian kaum.


“Bagaimanapun, saya juga perhatikan dalam kalangan orang Dayak, terdapat 2 jenis orang. Satu kumpulan yang tenang dan takut-takut manakala kumpulan lain pelampau yang menganggap kita sangat kuat dan boleh ‘memotong’ orang begitu sahaja,” katanya.

                     Jana pendapatan

Jalumin tidak dapat mengatakan sama ada kumpulan kedua itu benar-benar menyokong pergerakan Dayak atau hanya provokator.


Bagaimanapun, beliau berkata semangat sedemikian perlu ada tetapi harus diubah menjadi sesuatu yang lebih sihat ke arah berkhidmat kepada masyarakat dan bukan hanya menjadi pahlawan kibod.

“Kami bukan orang yang ganas. Mereka yang berfikir demikian, harus datang dan lihat usaha kami.

                   Rahsia side income

“Saya pernah mengundang mereka untuk mengambil bahagian dalam banyak acara tetapi hanya beberapa orang yang sudi. Selebihnya lebih suka mengkritik orang lain di media sosial,” katanya.


Kongres 3 hari itu dihadiri oleh lebih daripada 200 orang, termasuk 83 perwakilan dari Indonesia, 50 dari Sarawak dan 63 dari Sabah.

Dayak Brunei pada mulanya mahu menghantar 2 orang wakil tetapi memutuskan untuk tidak hadir pada saat-saat akhir.


BDF adalah badan sosial budaya pan-Borneo yang mahu menyatukan semua suku Dayak, termasuk orang Kadazandusun dan Murut di Sabah, bawah satu payung.

                      Extra income anda

Dilancarkan secara rasmi pada 2010, BDF berjaya mendapatkan status wakil tetap untuk rakyat Dayak di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tahun ini.



       Sumber :  freemalaysiatoday

Comments

Popular posts from this blog

Energy Boost From Bakun

Borneo Cultural Dance

Mee Segera Mee Kampua Sarawak